Khamis, 30 April 2009

PENGURUSAN TANAH BERMASALAH

Tanah bermasaalah bermaksud tanah yang mempunyai ciri tersendiri yang dalam keadaan semula jadi mempunyai halangan-halangan kepada pertumbuhan tanaman dan memerlukan bahan input yang tinggi dan pengurusan yang sempurna untuk mendapatkan hasil yang baik.


Di Malaysia terdapat 4 kumpulan tanah yang boleh dikelaskan sebagai tanah bermasalah iaitu:-
1.Tanah Gambut
2.Tanah BRIS / Tanah Bekas Lombong
3.Tanah Asid Sulfat
4.Tanah Masin





Tanah Gambut


Tanah gambut adalah tanah organik yang mengandungi sekurang-kurangnya 65% bahan organik, dan 35% bahan mineral. Pada umumnya tanah gambut dibahagikan kepada 3 kelas mengikut kedalaman lapisan gambut iaitu:-
i. Gambut Cetek - 0.5 m – 1.5 m
ii.Gambut Sederhana - 1.5 m – 3.0 m

iii.Gambut Dalam - > 3.0 m





Ciri-ciri tanah gambut


Saliran sangat jelek (tidak baik)

Sangat masam / berasid / pH rendah akibat pereputan dan pengoksidaan bahan organik.

Paras air tinggi hampir di permukaan tanah (<>
Mudah kering dan sukar diresapi air jika dibuat saliran berlebihan.
Keupayaan galas rendah terutama gambut belum matang.

Kurang nutrien samada makro atau mikro.




Masalah Tanah Gambut


Paras tinggi dan terendam kerana terletak di tanah rendah.


Operasi pertanian sukar.
Terlalu masam / asid / pH rendah.


Tidak sesuai bagi kebanyakan tanaman.
Keupayaan galas tanah rendah. Jentera sukar membajak dan pokok rebah.
Mudah mendap akibat pereputan terutama apabila saliran dilakukan menyebabkan akar timbul dan tanaman rebah.


Kurang nutrien samada makro atau mikro..
Terdapat batang pokok belum reput dengan sempurna menyukarkan operasi pertanian.


Mudah terbakar jika terlalu kering.


Jika kering berterusan susah menyerap air semula.
Struktur tanah lemah.




Cara Mengatasi Masalah Tanah Gambut


Pengairan Terkawal
Membuat saliran berperingkat-peringkat agar air keluar secara beransur–ansur dan bahan organik reput dengan sempurna.


Faedahnya>Mengelak terbentuknya agregat-agregat halus yang sukar meyerap air (kering berterusan- irreversible drying). Menjadikan unsur pemakanan tersedia apabila mengalami pengoksidaan. Mengemaskan tanah bagi menyenangkan pembajakan.
Menjadikan tanah persekitaran yang baik untuk tanaman.


Pemilihan Tanaman
Peringkat awal air disalirkan di tanam dengan tanaman jangka pendek.
Setelah paras turun ke 75 cm di tanam dengan tanaman jangka panjang.


Menanam Penutup Bumi
Tanah gambut yang terdedah, tanam penutup bumi supaya suhu rendah, tidak kering dan berdebu.


Penanaman Lubang Di Dalam Lubang
Tanaman jangka panjang seperti kelapa sawit disyorkan ditanam menggunakan kaedah lubang didalam lubang supaya supaya pokok tidak mudah tumbang apabila tanah gambut mengalami pengecutan akibat pereputan.


Pemampatan Fizik
Mewujudkan laluan jentera antara barisan tanaman supaya tanah gambut mampat dan pokok tidak tumbang.
Pembajaan
Baja perlu dibekalkan kepada tanah gambut. Baja perlu diberi pada peringkat awal iaitu semasa menanam dan ketika tanaman sedang membesar. Tanah gambut sangat kekurangan unsur terutama unsur N, K, Cu, Bo, Zn dan Fe. Unsur N tinggi tetapi terikat didalam tanah dan tidak dapat diambil oleh tanaman.


Mengapur


Membantu mengurangkan kemasaman tanah. Diberi pada kadar yang cukup mengikut keadaan kemasaman tanah dan jenis tanaman.






Rabu, 29 April 2009

Welcome

Selamat Datang... Ke Blog Bahagian Pengurusan & Pemuliharaan Sumber Tanah Jabatan Pertanian Negeri Selangor.